Terkini

5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway

Kuala Lumpur - Sebuah lori membawa tangki petroleum terbabas di kilometer 32.3 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran dengan Genting Sempah dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi menyebabkan kesesakan teruk kedua-duah arah.

5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway

Jurucakap MTD Prime ketika dihubungi memberitahu, lori tangki tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur.

“Setiba di lokasi kejadian, lori itu dipercayai hilang kawalan menyebabkan ia terbabas merempuh penghadang lebuh raya menyebabkan tangkinya menghalang laluan sepenuhnya.

5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway

“Bagaimanapun, tiada kenderaan lain terbabit dalam kemalangan itu dan pemandu lori juga tidak cedera,” katanya.

5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway



5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway



5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway

Menurutnya, susulan kejadian itu, laluan menghala Kuala Lumpur sesak sepanjang tiga kilometer manakala dua lorong menghala Kuantan terpaksa ditutup untuk kerja pengalihan dan pembersihan.

5 Gambar Kemalangan Melibat Lori Tangki Petroleum Di Karak Highway


No comments