Terkini

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi

Cadangan Sistem Pengangkutan Pt3 2016 : Senarai Penambaikan Kerja Khusus Geografi

Pastinya semua calon PT3 sudah sedia maklum bahawa anda dikehendaki untuk menjalankan tugasan kerja khusus Geografi PT3 2016 yang berkaitan dengan sistem pengangkutan di kawasan anda.

Oleh itu kami dengan berbesar hatinya akan berkongsi contoh cadangan sistem pengangkutan PT3 2016 yang mesti anda sertakan dalam tugasan itu.

Diharapkan perkongsian kali ini, dapat membantu anda dalam menyiapkan tugasan kerja kurusu geografi dengan lebih baik dan seterusnya menghasilkan hasil kerja yang berkualiti lagi bermutu.

Harapan kami adalah anda dapat menyiapkannya dengan jaya dalam tempoh yang telah ditetapkan. Insya Allah.

Cadangan Sistem Pengangkutan PT3 Geografi 2016

Tugasan Kerja Kursus – Cadangan sistem pengangkutan di Malaysia

>Kualiti pengangkutan awam di Malaysia hendaklah dipertingkatkan oleh kerajaan dengan mewujudkan pasukan pengurusan yang dinamik dan mantap setiap geri kerjanya.

>Pengangkutan awam perlu diperbanyak oleh kerajaan untuk menampung dan memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat terutamanya di bandar-bandar utama.

>Sistem pengangkutan awam yang disediakan kerajaan mestilah tidak memerlukan masyarakat untuk kerap kali bertukar rangakaian atau ‘station’ sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

>Cara yang lebih mudah dan senang hendaklah difikirkan oleh kerajaan untuk masyarakat membeli tiket pengangkutan awam seperti dengan menyediakan kemudahan sistem membeli tiket secara bersepadu.

>Supaya tidak membebankan pengguna yang berpendapatan rendah terutamanya, harga tiket murah dan berpatutan atau mampu milik perlulah ditetapkan oleh kerajaan.

.Bagi meningkatkan perkhidmatan sistem pengangkutan awam, kajian secara menyeluruh mengenai permasalahan yang dihadapi oleh pengguna pengangkutan awam perlu dilaksanakan oleh Sistem Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

>Jadual kekerapan perjalanan dan masa ketibaan perlulah dipastikan pengusaha pengangkutan awam supaya jadual yang dirancang dapat ditepati agar pembaziran masa pengguna tidak akan berlaku.

>Kualiti perkhidmatan syarikat kenderaan boleh ditingkatkan oleh pengusaha pengangkutan awam dengan meletakkan radio dan televisyen agar pengguna lebih berasa selesa dan terhibur apabila menaiki kenderaan mereka.

>Sistem perakam TV atau CCTV hendaklah dipasang pada kenderaan masing-masing oleh pengusaha pengangkutan awam supaya sebarang aktiviti dan perbuatan pemandu yang tidak berdisiplin dan melanggar etika dan peraturan jalan raya dapat dirakam.

>Keselamatan kenderaan yang ditinggalkan kepada pengguna mestilah dipastikan oleh pengusaha agar pengguna lebih yakin dan selamat untuk menggunakan pengangkutan awam.

>Bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas, kempen menggunakan pengangkutan awam di Malaysia perlulah diuar-uarkan oleh media massa.

>Saranan kerajaan hedaklah disahut oleh masyarakat supaya pengangkutan awam di Malaysia digunakan oleh orang ramai.

>Penerangan kepada para pelajar perlulah diberikan oleh pihak sekolah berkenaan dengan kepentingan menggunakan pengangkutan awam di seperti contohnya dapat mengurangkan pencemaran udara melalui pembebasan asap yang keluar dari kenderaan, kemalangan jalan raya dapat dielakkan dan kesesakan lalu lintas juga dapat dielakkan.

Sumber : Mypt3.com

No comments