Terkini

Ibu Kejam Dan Keji Jadikan Anak 2 Tahun Pemuas Nafsu

Tidak berhati perut dan kejam. Seorang wanita dari Washington tergamak melakukan penderaan seksual ke atas anak perempuannya yang berusia dua tahun semata-mata untuk menggembirakan teman lelakinya.

Ibu Kejam Dan Keji Jadikan Anak 2 Tahun Pemuas Nafsu
Gambar Hiasan

Lebih keji, selepas melakukan jenayah itu, Joanna Jean Olson, 44, telah merakamkan gambar penderaan berkenaan dan memberikannya kepada kekasihnya Antonio Boleware, 38.

Olson yang turut mempunyai dua anak yang lain mengaku melakukan kesalahan berkenaan dan telah dihukum penjara lima tahun.

Manakala Boleware, yang telah didaftarkan sebagai pesalah seks, pernah dipenjarakan kerana melakukan perbuatan jenayah terhadap kanak-kanak.

Boleware sebelum ini telah menjalani hukuman penjara selama enam tahun kerana merogol seorang remaja berusia 13 tahun.

“Saya menerima tanggungjawab terhadap jenayah ini….saya terdesak untuk mencari cinta dan jatuh hati pada orang yang salah,’’ kata Olson ketika dibicarakan di mahkamah, di depan hakim Robert Bryan.

Oslon mengenali Boleware selama bertahun-tahun melalui media sosial namun hanya baru-baru ini wanita itu bersetuju untuk menghantar gambar dan video anak perempuannya dirogol.

Boleware kemudiannya telah berkongsi gambar berkenaan dengan seorang anggota polis yang menyamar sebagai pedophile dalam laman sembang KiK.

Polis mengenalpasti Olson menerusi akaun Facebooknya dan dia ditahan pada bulan Ogos lalu, iaitu pada hari di mana FBI menggeledah rumahnya.

Selepas penahanannya, ketiga-tiga anak Olson telah dipindahkan dari rumahnya.

No comments