Terkini

Kerana Enggan Urut Guru, Pelajar Tahfiz DiPukul Hingga Cedera Kepala

SUNGAI PETANI - Gambar dua pelajar tahfiz masing-masing berumur 10 tahun cedera di bahagian kepala dan badan berbirat akibat dirotan gurunya tersebar di media sosial.

Kerana Enggan Urut Guru, Pelajar Tahfiz DiPukul Hingga Cedera Kepala

Gambar yang dimuat naik oleh Shadam Zain pada Isnin lalu, mencetus pelbagai reaksi netizen yang menyelar tindakan guru berkenaan.

"Anak menakan sepupu kena pukul dengan ustaz asrama Mahat Tahfiz Sungai Petani. Masuk akal tak? Budak 10 tahun kot? keluar asrama dengan kawan-kawan sampai kena tibai dengan kayu besar saiz ibu jari orang dewasa.

Kerana Enggan Urut Guru, Pelajar Tahfiz DiPukul Hingga Cedera Kepala

"Kalau macam ini orang kata mengada-ngada, tak tahulah. Kalau kena rotan tak kisah lagi, ini dah macam ni, agak-agaknya apa yang perlu dibuat? Tiga orang kena tibai, seorang lagi kepala berdarah dan seorang lagi tak pasti. Adik ini sampai bahunya terkehel," katanya.

"Ini gambar kawan dia yang kena pukul sampai terkoyak kulit kepala sampai berjahit itu. Hampir pengsan dibuatnya. Kalau tak kena pada adik atau anak sendiri bolehlah sembang lebih. Kanak-kanak umur 10 tahun, dirotan atau ditampar boleh terima lagi, ini sampai katok kepala, dibelasah macam penjenayah. Lagi trauma tak mau pergi sekolah mana-mana dah," sambungnya lagi.

Kerana Enggan Urut Guru, Pelajar Tahfiz DiPukul Hingga Cedera Kepala

Menurut Shadam, 3 pelajar tahfiz berkenaan bukan saja-saja keluar dari asrama. Mereka bertiga berbuat demikian kerana enggan menjadi budak suruhan mengurut guru terbabit selama berjam-jam lamanya.

"Kalau hari-hari ustaz itu suruh urut dia berjam-jam, boleh tahan ke? Kuli ke? Macam ini cara mendidik? Kalau mendidik, cuba bagi orang pukul adik atau anak sendiri. Nanti fahamlah perasaan itu macam mana," katanya

No comments