Terkini

Marshmallow Haram??

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan orang ramai agar memastikan mana-mana produk marshmallow yang hendak dibeli memiliki logo halal diiktiraf pihaknya.

Marshmallow Haram??

Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya berkata, marshmallow merupakan antara produk yang mengandungi gelatin dan banyak dijual secara terbuka serta diimport tanpa diketahui status halalnya.

“Untuk makluman semua, isu marshmallow haram adalah merupakan kenyataan Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hab Halal, Mohd Amri Abdullah yang dipetik dari Rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 pada 15 Jun 2016 yang lalu.

“Beliau menyatakan produk yang berasaskan gelatin dari sumber haiwan adalah antara yang dikenal pasti sebagai produk kritikal dari perspektif halal,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, walaupun ada pengeluaran dan pemprosesan produk ini di Malaysia namun jumlahnya amatlah terhad.

“Justeru itu, bagi penggemar marshmallow, pastikan produk yang ingin dibeli mempunyai logo halal Malaysia atau logo dari badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

“Sebarang kemusykilan mengenai status halal produk yang berada di pasaran dan juga premis makanan, bolehlah di semak di www.halal.gov.myatau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya.


SinarHarian

No comments