Terkini

Monspace Sky Hanya Ada 'Kelulusan Teknikal' - Liow

SEPANG: Suasa Airlines yang mendakwa menjalankan operasi Monspace Sky Airlines hanya menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) yang mana belum boleh dibenarkan mengendalikan penerbangan, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Monspace Sky Hanya Ada 'Kelulusan Teknikal' - Liow

Liow berkata, syarikat penerbangan itu tidak dibenarkan beroperasi selagi belum mendapat Permit Perkhidmatan Udara (ASP) daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

Walaupun permohonan ASP ditolak, Suasa Airlines terus menjalankan operasi dengan melancarkan penerbangan sulung pada Jumaat lalu.

Mengenai Suasa Airlines menyalahi undang-undang penerbangan, Liow berkta, ia merupakan satu kesalahan yang amat serius.

"Tanpa ASP, mereka tidak boleh terbang. Oleh kerana mereka sudah terbang maka kita membuat laporan polis dan juga memulakan siasatan terhadap kes ini.

"Kita melihat ia sebagai satu kesalahan yang amat serius," kata Liow kepada pemberita pada majlis perasmian persidangan bersama mengenai penambahbaikan keselamatan dan fasilitasi kargo udara di Sama-Sama Hotel, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa.

Mengenai dakwaan Monspace bahawa syarikat penerbangan itu mendapat permit untuk terbang, Liow berkata, mereka hanya menerima 'kelulusan teknikal' dalam bentuk Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada DCA.

Tambah Liow, mereka tidak menjalankan operasi penerbangan selagi belum mendapatkan ASP daripada Mavcom.


MstarOnline

No comments