Terkini

Pasangan Ini DiDakwa Pasangan Pengantin Termuda Dunia

PASANGAN pengantin baru dari Kaherah, Mesir kini menjadi perbualan hangat di seluruh dunia.

Pasangan Ini DiDakwa Pasangan Pengantin Termuda Dunia

Ini kerana pengantin lelakinya baru berusia 12 tahun, manakala pengantin perempuan pula berumur 10 tahun. Ia sekali gus melayakkan mereka bergelar pasangan pengantin termuda dunia.

Faris Abdul Aziz menikahi Nancy, yang juga sepupunya di sebuah kampung di utara, Kaherah, pada Jumaat lalu.

Majlis perkahwinan pasangan ini turut diadakan secara besar-besaran dan dihadiran ratusan orang.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan, bapa Faris berkata, dia mahu anaknya berkahwin kerana mahu mendapatkan sebanyak mungkin hadiah perkahwinan.

“Dia berkata selama ini sudah ratusan penduduk kampung mendapat hadiah perkahwinan daripadanya dan kini tiba masa untuk dia pula mendapat hadiah,” kata seorang jirannya.

Sementara itu, peguam Mahmoud Shabana menyelar perkahwinan itu dan menyifatkannya sebagai sebagai perbuatan jenayah.

Sumber: NEWSOFBAHRAIN

No comments