Terkini

Video : Aduhh Asyiknya Sampai Tak Sedar Pengantin Perempuan Tercicir

Seorang pengantin lelaki di Beijing, China mungkin terpaksa tidur di ruang tamu pada malam pertamanya!

Video : Aduhh Asyiknya Sampai Tak Sedar Pengantin Perempuan Tercicir

Ini kerana, lelaki tersebut tidak menyedari isterinya yang sedang berada di tempat duduk belakang sebuah motorsikal elektronik yang ditunggangnya ketika mengelilingi kawasan bandar tersebut telah terjatuh dari tempat duduknya.

Disebalik keinginan setiap pasangan untuk menjadikan hari perkahwinan mereka sebagai satu kenangan yang indah dalam hidup mereka, lain pula yang berlaku kepada wanita itu apabila suaminya hanya berlalu pergi begitu sahaja selepas dia terjatuh.

Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Facebook People’s Daily pada Selasa, pasangan romantik itu yang memilih untuk merakam detik perkahwinan mereka dengan menaiki sebuah skuter dimana kenderaan tersebut ditunggang oleh pengantin lelaki.


Malangnya, pengantin perempuan yang lengkap memakai gaun putih bagaimanapun secara tiba-tiba terjatuh selepas skuter tersebut melalui sebuah bonggol jalan.

Lebih menyedihnya, kendengaran suara pengantin perempuan itu menjerit selepas terjatuh, namun suaminya tetap tidak menyedari kejadian yang menimpa isterinya dan terus menunggang kenderaan itu.

Pengantin perempuan itu bernasib baik apabila pengguna jalan raya lain memberhentikan kenderaan mereka dan membantunya.

No comments