Terkini

Video : Gara-gara Bertengkar Di Zoo, Wanita Maut DiBaham Harimau

Beijing: Seorang wanita maut manakala seorang lagi parah dibaham harimau selepas bertengkar di sebuah taman hidupan liar di sini kelmarin.

Video : Gara-gara Bertengkar Di Zoo, Wanita Maut DiBaham Harimau

Kejadian di Taman Dunia Hidupan Liar Badaling itu berlaku ketika kedua-dua mangsa dipercayai dari satu keluarga menaiki kereta bersama seorang lelaki dan kanak-kanak.

Bagaimanapun, ketika kereta dinaiki keluarga itu melalui kawasan yang menempatkan harimau, kedua-dua mangsa dilaporkan mula bertengkar.


Media tempatan melaporkan, seorang wanita keluar dari kereta menyebabkan seekor harimau menyerang dan mengheretnya.

Seorang lagi wanita keluar untuk membantu mangsa, tetapi dia turut dibaham seekor lagi harimau hingga mati.

Hmetro

No comments