Terkini

Wanita "DiSerang" Dengan Air Kencing Ketika Memandu Berseorangan

SEORANG pelajar wanita terkejut besar apabila secara tiba-tiba dibaling dengan botol minuman yang berisikan air kencing ketika memandu seorang diri.

Wanita "DiSerang" Dengan Air Kencing Ketika Memandu Berseorangan


Hafizha Syawani, dalam perjalanan ke pusat pengajiannya menceritakan bagaimana dirinya ‘diserang’ seorang individu dalam kejadian berlaku di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang, kira-kira pukul 7.45 pagi pada Selasa.

Menurut Hafizha, dia yang memandu seorang diri ketika kejadian telah membuka sedikit tingkap keretanya akibat kesesakan jalan raya.

Wanita "DiSerang" Dengan Air Kencing Ketika Memandu Berseorangan

Tatkala membelek telefon bimbitnya, muncul seorang lelaki yang menunggang motosikal, menuang air botol berisi air kencing kepadanya.

Wanita "DiSerang" Dengan Air Kencing Ketika Memandu Berseorangan

Menurutnya lagi, mujurlah dia telah mengunci keretanya daripada dalam kerana menurut Hafizha, kemungkinan ia merupakan kejadian cubaan meragut.

Berdasarkan cerita mangsa ini, ia mungkin satu taktik untuk membuatkan wanita berkenaan keluar daripada kereta untuk menyamun mangsa atau ianya sekadar perbuatan khianat.

Wanita "DiSerang" Dengan Air Kencing Ketika Memandu Berseorangan

Apapun dia mengingatkan pemandu-pemandu wanita di luar sana supaya berhati-hati semasa memandu kereta secara berseorangan.

No comments